THERE'S NO ONE IN THIS WORLD CAN BE PERFECT. BUT THE IMPERFECTION MAKES A PERSON UNIQUE AND AWESOME. SO DON'T TRY TO BE PERFECT. BE UNIQUE ^^

Tuesday, November 24, 2009

PENGORBANAN(from my father)

Wal hal aku tahu bahawa cinta itu buta. Tetapi amat sukar untuk hati itu mengelak darinya. Padahal Cinta itu boleh membawa derita. Tetapi kenapa setiap hati itu ingin mendekatinya. Memang lah sukar untuk hati itu mengungkapkannya. Tetapi kan boleh di lihat dari gerak gerinya. Kekadang gerak-gerinya pun tidak membawa apa apa makna cinta. Mengapa mulut selalu mengungkapkannya. Sedangkankan jiwa tidak mampu mengorbankannya. Apakan cinta dan jiwa berlainan tempatnya. Tetapi kenapa jiwa selalu meronta kerana cinta. Antara jiwa dan cinta aku selalu ingin melupakannya. Tetapi kenapa ia datang lagi buat kali kedua. Mungkin kali kedua boleh memberi aku cahaya. Tetapi kenapa cahaya itu terlalu samar baginya. Mungkin hati dan jiwa tidak seganding nalurinya. Kenapa cinta itu juga di letakkan dalam hatinya. Mungkin juga kali kedua tidak membawa apa apa makna baginya. Kenapa aku masih ingin mendekatinya. Kenapa aku masih merasainya. Kenapa aku masih di permainkanya. Apakah aku belum dewasa mengenainya. Apakah cinta itu tidak mengenal usia. Apakah cinta itu tidak boleh mendewasakan kita.Kalaulah boleh meminta jangan di anugerahkan perasaan cinta itu padaku, aku adalah orang yang pertama menadahnya. Mungkin inikah hanya aku saja. Akhirnya biarlah ia satu pengorbanan baginya.(my father wat ayat nie hehehe)