THERE'S NO ONE IN THIS WORLD CAN BE PERFECT. BUT THE IMPERFECTION MAKES A PERSON UNIQUE AND AWESOME. SO DON'T TRY TO BE PERFECT. BE UNIQUE ^^

Friday, June 29, 2012

HoLiDaY.....!! ^^ (part three)







THis is all I can show you for the last part of our holiday =)

TABAH, SABAR

Dalam kehidupan ini, tak semua perkara menggembirakan dan tak semua perkara menyedihkan.ia sentiasa berlaku dalam keadaan seimbang.aku memahami apa yang kau rasa dan aku memahami apa yang kita rasa.kita saling menyayangi.cuma masa masih belum mengizinkan.aku tidak perlukan yang terbaik dalam hidupku.aku hanya perlu kamu.cukup hanya kamu.mungkin bukan harini ini, mungkin bukan esok.tapi akan terus kutunggu kerana aku sentiasa percaya cinta sejati.ia satu dugaan untuk aku dan ia amat sukar.tapi aku mengetahui bahawa apa yang berlaku sentiasa punya hikmah.pengorbanan kau menunjukkan kau ikhlas dalam cinta.bukan semua insan mampu melakukan itu.percayalah.pengorbananmu sungguh besar.mungkin tiada yang tahu.mungkin hanya kita yang tahu.aku sangat bangga dengan tingkahmu.aku mahu kau jadikan aku pilihan akhir hatimu.kita diduga kerana Maha Pencipta sedang menguji sejauh mana keikhlasan cinta kita.dirimu sentiasa wujud dalam doaku dan ia tak pernah lekang.perasaanku kepadamu sangat jauh di dalam sudut hati.setiap kali ku sebut namamu, hatiku sebak tidak terkata.namun aku selalu mengingatkan diri.jika kau milikku, tiada apa yang dapat menghalang kita.apa yang berlaku pasti ada hikmah.sentiasa ada hikmah.Dia sedang menguji kita.kita harus kuat.aku harus kuat.aku tidak sekuat yang kau sangka.beberapa hari yang lepas amat sukar buatku.namun aku gagahkan diri menapak hari hari yang mendatang.aku percaya kita.Dia maha mengetahui atas tiap tiap sesuatu.kegembiraanmu adalah kebahagiaanku.aku percaya kita akan menghadapi sesuatu yang lebih baik di masa akan datang.getar jantungku masih untuk kamu.warkah ini juga untuk kamu.....

- ku ingin jadikan dirimu yang halal buatku.bukan untuk sesaat, bukan untuk seketika, tapi untuk selamanya -