THERE'S NO ONE IN THIS WORLD CAN BE PERFECT. BUT THE IMPERFECTION MAKES A PERSON UNIQUE AND AWESOME. SO DON'T TRY TO BE PERFECT. BE UNIQUE ^^
Monday, October 3, 2011
doubt
okay setelah sekian lama gua tak update blog, tiba2 harini terasa nak update pulak.padahal esok gua exam.sekarang gua nak share sikit ape yang gua rasa sekarang.okay sepanjang kehidupan gua kat MSU ni dah macam2 perempuan gua dah kawan and jadi rapat.alhamdulillah semua mereka2 tu telah mempunyai kehidupan masing2 dan nampaknye mereka bahagia dengan kehidupan.syukur kehadrat ilahi.korang semua silalah perhatahankan kebahagiaan korang yee.sepanjang perkenalan gua dengan semua perempuan2 atau wanita2 ini, perasaan tu memang ade tapi selalu ade keraguan dalam hati gua atau ape orang putih panggil sebagai 'doubt'.ade hikmah di sebalik ape yang telah berlaku sebelum ni dalam hidup gua.gua redha.Allah tu maha adil dan Dia maha mengetahui ape yang terbaik untuk hamba2Nya.gua sudah tiada penyesalan atas ape yang telah berlaku dalam hidup gua.semua perkara2 tulah yang telah membentuk diri gua sekarang ni.tapi sekarang ni gua rasa keraguan tu dah semakin menghilang sejak gua berkawan dengan seorang hamba Allah iaitu seseorang dari bangsa hawa.die dah membuat keraguan gua semakin hilang dan akhirnye hilang.alhamdulillah die telah menceriakan hidup gua.di saat hidup gua memerlukan penyeri, die datang.walaupun gua selalu kena buli2, tapi gua dah biasa.takdehal.rindu jugak kalau satu hari tak kena buli dengan die tuu.haha.i think i could die for her man.seriously.tapi masalahnye gua tak tau macam mane nak propose.gua tak pernah buat benda2 macam ni.haa bab2 kapel ni gua memang virgin.tak pernah kapel.hampir kapel pernah laa.cerita lama bro.barang yang lepas jangan dikenang.face forward and smile with pride.okay berbalik pada topik tadi.macam mane gua nak propose atau melamar ni??kalau lambat2 kang dikebas orang.tu memang gua takut.i want to make her the first and the last person in my life and i want to make that happen.mak bapak gua pun dah suka.restu tu.jangan main gila.belum ape2 dah dapat green light.gua je yang lembap.bukan lembap bro.kurang pengetahuan je.gua kalau boleh nak propose se-istimewa yang boleh.yela perempuan mesti la nak jadikan benda tu satu perkara yang paling tak dapat dilupakan dalam hidup kan.gua sentiasa berharap gua dapat confess dengan gaya yang paling special.best kan.tapi gua takut.gua pun tak tau kenapa gua takut.pelik kan.tapi gua memang takut.tapi gua lagi takut kehilangan die maa.ya Allah berilah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini.i really really really want to make you mine.i want to ease your pain.i want to feel it share it with you.i just want to make u smile even it cost me ma flesh and blood =)
Thursday, February 24, 2011
RISE AND SHINE

Too many things happen recently.i'm just hoping that i'm strong enough to face all this things.banyak perkara yang dah berlaku dan aku semakin tak memahaminye.aku harap semuanya akan kembali seperti biasa.i really hope this is a dream and i just need someone to come and kick me so i can wake up from my sleep.alhamdulillah aku bersyukur kerana kat sini aku ade kawan2 yang sentiasa menyokong aku dan ia menjadikan aku lebih kuat menjalani kehidupan ni.thanks kawan2 :)
Sunday, December 5, 2010
kehidupan dan kawan kawan 2
masalah sentiasa datang dan pergi saban hari.tempoh ia datang dan pergi, bergantung pada sejauh mana kebolehan kita menguruskannye.baru2 ni shaye dilanda satu masalah yang agak besar iaitu rumah.kami serumah terpaksa keluar dari rumah yang kami tinggal sekarang kerana pemilik rumah tersebut mahu berpindah masuk.sesiapa yang tinggal di shah alam pasti akan sedia maklum tentang kesukaran mencari tempat tinggal di seksyen 13 ni.ade seorang ejen ni, nama beliau helen.helen menawarkan sebuah rumah sewa di kawasan tempat yang kami tinggal sekarang ni.tapi beliau menghilang begitu sahaja.kami buntu.tak tahu ape lagi yang kami harus lakukan.kami dah cuba sebaik mungkin.sekarang kami hanya mampu berdoa agar masalah kami dipermudahkan dan kami diberikan jalan keluar dari masalah ni.memang ade rumah lain tetapi jauh dari universiti.shaye pula tidak mempunyai pengangkutan sendiri dan sudah tentu saya mempunyai masalah untuk berulang alik ke kampus setiap hari.semua perkara yang berlaku sudah tentu ade hikmah di sebaliknye.shaye berharap shaye mempunyai kekuatan untuk menghadapi semua ni.kadang2 tu rasa nak mengalirkan air mata pun ade bila memikirkan masalah ni.takpelahh.Dia takkan menguji hamba hambaNya dengan ujian yang tak mampu ditanggung oleh hambaNya itu.shaye diuji dengan dugaan seperti ini kerana shaye mampu menghadapinye.insyaAllah :')
Published with Blogger-droid v1.6.5
Subscribe to:
Posts (Atom)